Sunday, April 4, 2010

24 maut dibunuh 'askar' Iraq


DUA anggota Sahwa meronda di pinggir Baghdad ekoran serangan ganas terhadap masyarakat Sunnah kelmarin.


BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 24 orang termasuk lima wanita mati dibunuh dengan kejam termasuk tangan mangsa diikat bergari di sebuah perkampungan masyarakat Sunnah di selatan Baghdad lewat kelmarin oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Jurucakap pejabat keselamatan, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi berkata, penyerang dipercayai memakai pakaian seragam tentera Iraq dan mangsa ialah anggota Sahwa atau Majlis Kebangkitan yang menentang pergerakan al-Qaeda.

"Kawasan Arab Jabour itu dipenuhi banyak kebun dan anak sungai yang menyukarkan pihak keselamatan Iraq untuk datang membantu, namun kami akan menyiasat kerana penyerang dilihat memakai tanda pengenalan militan al-Qaeda," kata Qassim.

Tujuh mangsa ditemui terselamat dan pihak polis mengesahkan kumpulan penyerang mungkin memakai pakaian seragam tentera untuk mengelirukan penduduk yang menyangka pasukan keselamatan sebagai terlibat. - Agensi

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails