
"Sebab itu, kerajaan (negeri) mengharamkan pertunjukan wayang kulit mengikut kaedah lama-lama dan mencadangkan supaya diadakan dalam bentuk baru yang mengisahkan pahlawan Melayu atau tokoh-tokoh agama yang banyak terdapat di negara ini seperti Tok Kenali, Tok Janggut dan Pahlawan Mat Kilau," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Nik Aziz berkata penampilan watak-watak seperti itu boleh diterima dan dapat menambahkan ilmu sejarah kepada penonton berbanding penampilan watak cerita-cerita dongeng sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, persembahan makyong dan menora tetap diharamkan kerana watak lakonan dalam persembahan itu melibatkan percampuran lelaki dengan wanita dan kisahnya tidak boleh diubahsuai.
Mengenai wang ihsan, Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan tidak menyekat usaha kerajaan pusat untuk memberi wang ihsan kepada rakyat negeri itu.
Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap menganggap wang yang diberikan itu, dalam bentuk apa sekalipun, sememangnya hak rakyat Kelantan, katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, bahawa 10,000 pelajar miskin di Kelantan akan menerima bantuan kewangan melalui wang ihsan yang akan diberikan kepada Kelantan berjumlah RM20 juta.
- Bernama
SOKONG KEMPEN INI:
ReplyDeleteKEMPEN:Wanita Melayu Islam Jangan Pakai LEGGING Di Tempat Awam