KOTA BHARU - Tekong dan bot nelayan jenis C0 yang membawa pulang ikan yu paus seberat dua tan di Pengkalan Kekal Lestari, Tok Bali, Pasir Puteh Jumaat lalu kini ditahan dan tidak dibenarkan keluar ke laut buat sementara waktu.
Timbalan Pegawai Perikanan Kelantan, Mohamad Ghazali Abdullah berkata, bot tersebut dilarang meninggalkan Pengkalan Kekal Lestari sehingga siasatan terhadap kes ikan yu paus yang ditangkap mereka selesai.
Menurut beliau, pihaknya telah menjalankan soal siasat awal terhadap tekong bot berkenaan, Ek Chai Suwanpong dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut keperluan.
|
|
"Kita telah menjalankan siasatan terhadap tekong tersebut untuk mengetahui cerita sebenar mengenai penemuan ikan tersebut sehinggalah ia dibawa ke jeti selain menunggu hasil siasatan punca kematian ikan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah Mohamad Ghazali, pemilik bot berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan tekong tersebut tidak menghilangkan diri kerana ia akan merumitkan keadaan dan pemilik bot pula bakal berdepan tindakan.
sumber: KOSMO
No comments:
Post a Comment