Monday, March 22, 2010

Tentera Israel bunuh empat penduduk Palestin



NABLUS, Tebing Barat 22 Mac - Empat penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat telah dikebumikan hari ini dalam keganasan yang dikatakan semakin buruk.

Tentera Israel telah menembak mati dua lelaki berusia 19 tahun yang dikatakan cuba menikam seorang askar yang sedang bertugas berhampiran Nablus di kawasan Tebing Barat.

Selain mereka, dua remaja lain turut ditembak semalam.

Pegawai Palestin mendakwa Israel telah mengeruhkan ketegangan sedia ada yang semakin memuncak yang mana penduduk Palestin percaya ia disasarkan untuk memperketatkan kawalan Israel ke atas kawasan jajahan tersebut.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ghassan Khatib menggesa supaya siasatan terperinci berhubung pembunuhan mangsa, Mohammed Qawariq dan Saleh Qawariq dijalankan hari ini, dengan mendakwa terdapat saksi yang menyatakan bahawa mereka ditembak mati selepas ditahan. - Reuters


sumber: utusanmeloya

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails