Monday, March 22, 2010

Tumpaskan Liverpool, United kukuh di persada liga


LONDON 21 Mac - Manchester Uniter menundukkan Liverpool 2-1 menerusi jaringang Wayne Rooney dan Park Ji-sung untuk meletakkan juara bertahan itu kukuh dipersada Liga Perdana.

United mengutip 69 mata daripada 31 perlawanan, mengambil alih kedudukan Arsenal selaku pendahulu liga yang hanya bertahan semalaman yang kembali ke kedudukan kedua dengan 67 mata.

Liverpool membuka jaringan menerusi tandukan Fernando Torres yang tidak dikawal hasil umpanan Dirk Kuyt, lima minit selepas sepak mula.

Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas Javier Mascherano memberikan sepakan penalti selepas mengasari Antonio Valencia dan walaupun sepakan penaltinya diselamatkan Pepe Reina, namun Rooney berjaya menyepak masuk bola pantulan, untuk jaringan ke-33 beliau musim ini.

Jaringan Park memperkukuhkan kemenangan selepas dia menyambar umpanan Darren Fletcher dari sebelah kanan untuk membuat tandukan terjunan selepas minit ke-60. - Reuter

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails