Bak kata pepatah jauh perjalanan indah pemandangan,baru sahaja selesai menghabiskan cuti setengah semester dan kebetulan sekali dengan sambutan Tahun Baru Cina.Sememangnya peluang sebegini membuka sedikit masa dan ruang untuk menjenguk suasana kampung yang sudah lama di tinggalkan.Perjalan pulang dari Perlis ke Kuala Terengganu sudah menjadi kebiasaan buat diriku,jalannya yang berbukit dan selekoh merbahaya adalah halangan dan hidangan yang sewajibnya di lalui dan di jamah apabila ingin pulang ke kampung halaman.Tahun 2010 sudah menguasai dan mengambil peranannya dan tahun 2009 telah meninggalkan kita semua,segala memori dan nostalgia memahat sejuta kemanisan dan kepahitan bagi mereka yang benar-benar memanfaatkan seluruh kehidupan di atas landasan perjuangan ini.
Kali ini pengembaraan dari Perlis ke kampung halaman yang terletak di kampong Pak Pa dalam daerah Kuala Terengganu tidak seperti biasa,kali ini pengembaraan dengan menaiki kereta buatan Malaysia iaitu kereta proton saga versi hitam putih (lama),tetapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dan laju (bergantung kepada pemandunya).Semestinya sedikit mudah apabila menaiki kereta untuk pulang berbanding dengan menaiki bas ekspress.Kita boleh singgah di mana-mana yang kita inginkan tanpa halangan.Apa yang pastinya pengembaraan bermula dari Perlis singgah di sebuah kampung lama di DUN Tokai (dulu DUN Bukit Raya) yang di menangi oleh Encik Taulan Mat Rasul dengan majority yang sebanyak 6000 lebih.Di DUN ini undi PAS paling banyak di dalam Negeri Kedah Sejahtera dan berada di dalam parlimen Pendang yang juga di menangi oleh PAS Dr Hayati sebagai calonnya.Kampung itu jauh kedalam merentasi kehijauan sesawah padi,jalanya cukup-cukup muat dengan badan langsing sebuah kereta proton saga,jika bertembung maka kena cari simpang dan kawasan yang boleh meloloskan kereta.Di sana kami berpeluang menziarahi seorang nenek sahabat yang berumur 100 lebih.
Selepas 2 jam di sana,kami pun mula bergerak pulang melalui lebuh raya utara selatan dan keluar melalui tol Gurun serta terus mamasuki pekan Sik yang juga di menangi oleh PAS iaitu Che Uda Che Nik sebagai calonya.Seterusnya kami melewati Bandar Baling yang juga di kuasai oleh PAS,Ustaz Taib Azamudin adalah MP nya.Apabila berada di Bandar Baling barulah kami berpeluang untuk servis kereta proton saga kerana lampu depan kereta terbakar.Selepas selesai semuanya kami terus bergerak pantas,sasaranya tempat seterusnya adalah Kota Baru.Di dalam perjalan yang cukup mencabar itu kami singgah untuk mengisi minyak petrol RON 95 (RON 97 kami tidak mampu) di Pengkalan Hulu (DUN yang di menangi oleh Datuk Tajul Rosli).Perjalanan di teruskan dengan melayan selekoh berbukit di Grik selama beberapa jam akhirnya kami singgah untuk menjamakkan solat maghrib dan isyak di R & R Sungai Perah.
Selepas selesai solat dan makan kami terus ke Kota Baru dengan kelajuan maksimun kerana keesokkan harinya seorang sahabat kami terpaksa menghadiri program MSK.Kami sampai di Kota Baru tepat jam 1.10 pagi seterusnya bermalam di sana.Alhamdulillah pagi itu kami di jamu nasi berlauk oleh sahabat kami,semoga Allah SWT memurahkan rezeki keluarganya.Selepas itu kami terus ke Keterah untuk menghantar seorang sahabat perjuangan yang juga adik kepada Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah,kebetulan Dr Abu Hassan tidak ada di rumah kerana berprogram di Jeli,jika tidak boleh berjumpa beliau seterusnya meminta sedikit pandangan berkaitan dakwah menggunakan teknologi daripadanya.
Tanpa memandang ke belakang lagi,di dalam proton saga versi lama itu hanya tinggal berdua sahaja.Apa lagi kiranya kami terpaksa memecut selaju mungkin kerana banyak program sedang berjalan di bawah kendalian JPR Terengganu untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.2 jam 30 minit kami sampai di Bandaraya Kuala Terengganu dari Ketereh melalui jalan pantai yang cukup lenggang pagi itu.Walaupun kereta proton saga versi lama tetapi enjinya selaju Ferrari sepantas Aston Martin.
Sedikit kepenatan menempelkan gayanya di badanku,namun itulah permulaan episode sebuah pengembaraan .Alhamdulillah sebaik sahaja sampai di rumah,aku di sambut oleh adik-adikku yang setia menanti dari semalam lagi.Terus aku merebahkan badan di sofa tanpa di sedari azan zuhur berkumandang dari Masjid Merbau Patah,suaranya aku sangat kenali datangnya dari seorang bilal yang pernah aku dengar sebelum ini,hati aku mula berkata Alhamdulillah ada lagi pakcik ni.Namanya Tok Bilal Razak orang lama dalam kampung Merbau Patah.Bersiap-siap untuk ke masjid membonceng motor Honda Wave 100 cc sudah cukup laju melanggar angin sepoi-sepoi bahasa dari perbukitan dan sawah padi.
Di Masjid Merbau Patah ramai berjumpa kawan-kawan sepermainan dulu,menendang bola di waktu petang di Padang Bola Kampung Panji danjuga bermain wau sama-sama.Kini sudah 6 tahun aku tidak berpeluang bermain bola bersama..................bersambung
Semarak Resort
7.30 am
Akan datang:
- Travelog pengembaraan ke Singapore
- Travelog pengembaraan ke Bandung,Indonesia
No comments:
Post a Comment