Monday, March 1, 2010

Travelog Pengembaraan mengubah sempadan kehidupan: Singapore


Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia berhampiran dengan Johor dan Kepulauan Riau (Indonesia)Negara yang seluas 692.7 km persegi ini lebih besar daripada Monaco dan Vatican City merupakan negara terkecil di Asia Tenggara. Jumlah penduduknya telah mencecah 5 juta dengan bantuan imigrasi. Kadar ini dijangka terus meningkat, dan disasar meningkat ke 6.5 juta dalam satu dekad. Demografik negara adalah seperti berikut: bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.95%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Kemelut kaum jarang berlaku di Singapura.

Singapura termashyur dunia atas kecapaian ekonominya, negara tersebut diiktiraf negara yang termaju Asia Tenggara dan merupakan salah daripada empat harimau Asia. Pakar ekonomi Belanda Albert Wisemius bertanggung jawab merumuskan rancangan ekonominya yang berfokus Foreign Direct Investment dan pembangunan dipacu kerajaan berjaya merealisasikan ekonomi berpaksikan industri, pendidikan and perancangan bandar.Kecapaian ini merupakan hasil polisi ekonomi bebas dipelopori kerajaan tersebut. Kadar hidup penduduk tempatan diakui jauh lebih tinggi daripada negara-negara jirannya.Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan), Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).

Merokok adalah di larang sama sekali di tempat awam dan di bolehkan merokok apabila terdapat tanda cat berwarna kuning.Memakan gula-gula getah di larang sama sekali apatah lagi membuang sampai merata-rata akan di kenakan denda sebanyak 200 hingga 500 dollar.

Polis di Singapore tidak semestinya memakia pakaian seragam,mereka sentiasa berkeliaran di tempat awam menanti kesilapan yang akan di lakukan oleh kita dan surat saman serta –merta di hulurkan kepada kita jika di dapati telah melakukan kesalahan seperti membuang sampah dan sebagainya.Itu lah wajah-wajah negara Singapore yang dulunya milik Malaysia,namun sudah di gadaikan oleh pemimpin yang haprak di zaman itu.

Melihat system pembangunan yang terancang dan tersusun rapi dengan bangunan berpacakan di sana-sini,menyebabkan fikiran aku di jentik 1001 persoalan di manakan orang miskin?Menurut Kak Jia (dulunya lelaki) pemandu pelancong rombongan kami,orang miskin di Singapore ramai juga namun mungkin kita tidak nampak di mana mereka tinggal.Jika kita ingin melihat orang miskin tinggal di rumah papan maka sampai bila-bila tidak akan berjumpa.Di Singapore rakyatnya akan di bahagiakan beberapa kelas dan social ekonomi.Orang miskin di Singapore tinggal di rumah pangsa yang telah di kelaskan oleh kerajaan Singapore.

Arena politik di Singapore dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autorian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.

Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum. Pada masa ini sebuah budaya "Singapura" yang unik belum berputik kerana tren perkahwinan antara kaum tidak berleluasa. Namun, sebuah kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud hasil daripada perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam. Setiap kaum di Singapura masih berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing dan ini dibuktikan dengan adanya pelbagai perayaan yang terdapat di Singapura seperti: Tahun Baru Cina, Hari Vesak, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Deepavali dan Krismas.

Singapore juga tidak mempunyai kabel elektrik seperti di Malaysia yang mana setiap tiang-tiang lampu di hubungkan dengan kabel.Namun kabel itu berada di dalam tanah,selain itu pasaraya pun berada di dalam tanah dengan beberapa tingkat. Kini Singapore adalah negara peneraju dalam bidang perkapalan dan pelabuhan.Kemajuan dalam industry pelabuhan di Singapore menyebabkan Malaysia mendapat manfaat yang besar di atas pembukaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) demi memberi saingan dan mengurangkan kepadatan system kargo yang mendarat di pelabuhan Singapore,siapa tidak kenal Syed Mokhtar Al-Bukhary pemegang saham terbesar Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kepesatan Singapore menyebabkan kerajaannya terpaksa mengimport pasir dari Indonesia dan Malaysia untuk menambak laut.Jika di Malaysia kita ada litar Formula 1 di Sepang,Singapore juga ada litar F1 namun litar F1 itu berada di bawah jalan raya (dalam tanah).Kini Singapore telah menyiapkan Kasino termahal di dunia dan selepas siap kelak akan mengalahkan kasino di Las Vegas.

Bersambung.......

Siapa Lee Kwan Yew di mata generasi muda?

Taman Bersatu

7.52 am

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails