Monday, March 15, 2010

Baju Merah banjiri Bangkok




RATUSAN ribu penyokong Thaksin Shinawatra memakai baju merah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok, semalam. – AFP


BANGKOK 14 Mac – Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok hari ini untuk memberi kata dua kepada kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera, sama ada mengadakan pilihan raya atau berdepan dengan demonstrasi yang bakal melumpuhkan ibu negara dalam beberapa hari akan datang.

Kira-kira 80,000 aktivis ‘Baju Merah’ yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tiba di sini dengan menaiki trak, kereta dan motosikal dari wilayah-wilayah luar bandar semalam, sambil mengibarkan bendera merah dan memainkan muzik mengenai demokrasi dan kebebasan.

Beribu-ribu lagi penunjuk perasaan dijangka tiba malam ini, termasuk ratusan yang menaiki bot di wilayah-wilayah berhampiran.

Pelabur bimbang jika keganasan meletus, pemulihan ekonomi Thailand yang merupakan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara mungkin terbantut.

Pemimpin protes mendakwa perhimpunan itu akan berlangsung secara aman walaupun berlarutan selama berhari-hari.

Mereka merancang untuk meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva supaya membubarkan Parlimen dan mengumumkan pilihan raya yang dijangka dimenangi oleh sekutu-sekutu Thaksin.

“Kami menuntut kerajaan melepaskan kuasa dan mengembalikannya kepada rakyat,” kata pengerusi Barisan Bersatu bagi Demokrasi menentang Pemerintahan Diktator (UDD), Veera Musikapong.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga tengah hari esok untuk Abhisit membubarkan Parlimen.

Jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan berarak di seluruh Bangkok esok, kata seorang lagi ketua protes, Nattawut Saikua.

Kata dua itu menimbulkan kemungkinan lumpuhnya lalu lintas di jalan-jalan yang sudah pun sesak di ibu negara.

Thailand mengerahkan 50,000 anggota polis, askar dan pasukan keselamatan lain di seluruh Bangkok selepas kerajaan memberi amaran mengenai ancaman sabotaj, termasuk letupan bom dan pembakaran bangunan.

“Situasi boleh menjadi lebih tegang selepas beberapa hari apabila pemimpin protes meningkatkan tekanan dan penduduk berasa bosan dan semakin hilang sabar,” kata Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri. – Reuters


Sumber: UtusanMemuntah

Komen: Nanti kan gerombolan Tentera Merah akan turun ke Ibu Kota Kuala Lumpur andai kata kerajaan Malaysia terus bersikap biadap terhadap beberapa isu terkini seperti royalti minyak Kelantan dan Terengganu dan GST...tunggu!!!!!!!!!! Mahasiswa menggugat!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails