Wednesday, March 17, 2010

Bukti Satu Malaysia Bukan Idea Najib



Heboh dengan konsep satu Malaysia yang menjadi trade mark kepimpinan sebaik sahaja Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib mengambil alih jawatan PM dari Imam Hadhari Tun Abdullah Badawi. Kalau dilihat konsep ini dipopularkan setiap hari di media-media kerajaan, dalam warta berita dalam surat khabar dalam radio dan sebagainya, sampaikan dah wujud cara memberi salam yang baru iaitu Salam Satu Malaysia.

Para penyokong UMNO dan BN pastinya berbangga dengan konsep Satu Malaysia yang kononnya mengeratkan perpaduan di antara rakyat. Mungkin ramai yang menyangka konsep dan istilah satu Malaysia ini merupakan idea original oleh Najib. Ternyata anda silap besar, dalam entry kali ini CiLiK© nak dedahkan kepada anda bahawa idea Satu Malaysia ini sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Seperti biasa MiLo SuaM bukan BloG fitnah ye, CiLiK© takkan buat pendedahan tanpa bukti-bukti yang kukuh, anda boleh lihat sediri bukti di bawah ini sila klik untuk membesarkan image.




Nuffnang Ads







Kenapa kenapa ya? Najib yang kononnya memimpin negara Islam, memperjuangkan Islam, jadi hero dalam isu Kalimah Allah, menentang DAP yang kononnya menindas Melayu dan Islam tetapi mengapa menggunakan konsep Yahudi? Di sini jelas sekali One Israel wujud pada tahun 1999 sebelum One Malaysia diwujudkan oleh Najib. Maka jelaslah ia bukan satu idea yang tulen dari Najib sendiri. Adakah Najib menciplak idea ini?

Oh tidak, Najib tidak menciplak tetapi tetapi idea ini diberikan oleh penasihatnya APCO. Tak ada apa nak dihairankan ini semua kerana Najib telah mengambil perunding Yahudi untuk menasihatinya bagi menguruskan negara ini sila rujuk sini Bukti Najib bersekongkol dengan Yahudi.


sumber: milosuam

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails