Wednesday, March 17, 2010

Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion


SANTIAGO, Chile 17 Mac - Gempa bumi dan tsunami yang melanda Chile bulan lalu mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion), menurut kerajaan.

Gegaran susulan pada magnitud 6.7 menggegarkan selatan Chile malam kelmarin, menambahkan ketakutan dan kerosakan di kawasan berkenaan yang berlaku sejak gempa 27 Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter yang mengemaskini jumlah kematian dan kerosakan semalam, berkata 200 orang yang disenaraikan sebagai individu hilang sebelum ini akan dikira antara 500 mangsa terkorban.

Dalam ekonomi, ini adalah bencana paling teruk yang pernah melanda Chile,” katanya.

Beliau menganggarkan bahawa kerosakan boleh mencecah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion) dengan perlindungan hanya AS$5 bilion (RM16.5 bilion) hingga AS$8 bilion (RM26.5 bilion).

Selain itu, Menteri Kerja Awam, Hernan de Solminihac memberitahu, ia akan menelan belanja AS$1.46 bilion (RM4.8 bilion) bagi membaik pulih kemudahan awam, terutamanya jambatan roboh yang melambatkan kerja pembinaan semula dan usaha menyelamat.


sumber: Meloyautusanumno

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails