Sunday, March 7, 2010

Forum ‘Universiti Diliwat’ Mendapat Sambutan





Forum ‘Universiti Diliwat’ yang diadakan 4 MaForum ‘Universiti Diliwat’ yang diadakan 4 Mac bertempat di Chinese Assembly Hall mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran peserta dari pelbagai kampus. 3 orang panelis yang dijemput juga menjadi daya penarik kepada forum itu. Mereka ialah saudara Hisyamuddin Rais,Prof. Azmi Syarom(pensyarah undang-undang Universiti Malaya) dan saudara Shazni Munir(pengerusi Solidarity Mahasiswa Malaysia) yang menggantikan Prof. Aziz Bari. Saudara Syafiq Aziz dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak selaku moderator.

Forum bermula sekitar 8 malam membincangkan mengenai pelaksanaan e-undi,demokrasi kampus dan pandangan panelis mengenai aksi-aksi mahasiswa mutakhir ini

Saudara Hisyamuddin Rais ketika menjawab soalan moderator menyeru kepada semua aktivis-aktivis mahasiswa agar menggunakan medium yang ada seperti ‘you tube’, facebook dan lain-lain dengan semaksima mungkin kerana medium ini merupakan medium yang tidak dapat disekat oleh kerajaan.

Prof. Azmi Syarom pula menegaskan sebagai generasi muda yang sentiasa mempunyai idea baru,mahasiswa perlulah lebih berdikari dan tidak hanya menjadi pengikut kepada pihak yang berkepentingan.Beliau juga turut menyelar tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang mencampuri urusan mahasiswa terutama yang berkaitan pilihan raya kampus.

Hujah Prof. Azmi Syarom ini juga disokong oleh saudara Shazni Munir yang mengatakan suatu ketika dahulu semua aktiviti mahasiswa termasuk pilihanraya diuruskan oleh mahasiswa sendiri, dan sewaktu itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak diwujudkan lagi sekaligus menyaksikan majoriti mahasiswa lebih berdikari dan proaktif berbanding mahasiswa hari ini yang sering dituduh sebagai mahasiswa lesu.Beliau juga menegaskan pertembungan antara dua pihak di semua universiti bukanlah pertembungan antara pihak mahasiswa tetapi antara pihak mahasiswa dan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Forum juga turut disertakan dengan satu tayangan video mengenai demokrasi kampus yang kian mati. Forum tersebut berakhir jam 10 malam. Melalui forum tersebut, diharapkan dapat memberi semangat dan keazaman kepada para mahasiswa agar berhenti dari terus dibodohkan oleh pihak yang berkepentingan.

STUDENT POWER!

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails