Tuesday, March 16, 2010

Laman hina wartawan hiburan Malaysia


INILAH laman sosial Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks yang menimbulkan kemarahan wartawan hiburan tanah air.


KUALA LUMPUR - Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) memberi amaran kepada pemilik akaun laman sosial Facebook, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks (Semua Wartawan Hiburan Malaysia Macam S***) supaya tidak melemparkan pelbagai kata kesat terhadap ahli-ahlinya.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas sekumpulan wartawan hiburan tempatan menyuarakan rasa kurang senang terhadap pembukaan akaun tersebut yang menggelarkan mereka sebagai 'babi' dan 'jalang' yang tidak layak hidup di muka bumi.

Individu tersebut juga telah mencuri gambar-gambar wartawan daripada akaun Facebook peribadi masing-masing dan memasukkan entri dengan pelbagai kata hinaan.

Presiden Wham, Fauziah Raof berkata, persatuan tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk mengheret mereka ke mahkamah jika individu terbabit terus berdegil dengan meneruskan aktiviti mereka.


sumber:KOSMO


komen: wartawan macam cawan kot

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails