Lebih 100,000 pelajar miskin di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Kelantan akan menerima pengagihan wang ehsan , yang membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta daripada RM25 juta mulai 3 April depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Awang Adek Hussin berkata, bakinya RM5 juta itu pula akan diperuntukkan kepada mereka yang mengalami bencana alam seperti kebakaran, banjir dan membantu mangsa ribut.
Awang Ade
"Jumlah yang akan diterima oleh setiap murid sedang dinilai oleh jawatankuasa itu,” katanya kepada pemberita pada majlis taklimat khas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Bachok di Perupuk, hari ini.
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM25 juta tahun ini kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan hasil penggerudian telaga minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan melancarkan penyampaian kepada kumpulan pertama dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan pada 3 April depan.
– Bernama
No comments:
Post a Comment