Saturday, March 13, 2010

Pepohonan yang menghijau...



Malaysia yang dulunya di panggil Tanah Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai khazanah bumi yang cukup banyak.Mempunyai sumber hutan yang cukup bernilai,pokok-pokok yang mendiami hutan hujan tropika sangat tinggi nilainya di pasaran semasa.Teringat masa muda-muda dahulu,belajar tentang semua jenis spesis pokok,bermula dengan Pokok Cengal dan Pokok Belian yang paling mahal harganya dan di turuti oleh Pokok Bitis,Pokok Meranti Seraya,Pokok Kedondong dan banyak lagi.Alhamdulillah Allah SWT telah memudahkan laluan proses pembelajaran itu sehingga boleh mengenali nama pokok dengan melihat pada rimbunan dedaun mahupun bentuk batangnya.

3 tahun masa yang di habiskan cukup memperlihatkan betapa agungnya ciptaan-Nya,walaupun semua pokok berwarna hijau,namun hijau itu berlainan cerah dan gelapnya.Mungkin sebelum ini kita hanya mengenali nama pokok yang biasa-biasa dan tidak pernah mendengar nama pokok yang pelik dan aneh.Pokok Merawan Siput Jantan,Pokok Simpoh Gajah,Pokok Membatu,Pokok Hujan Panas,Pokok Damar Hitam Siput Jantan,Pokok Pagar Anak,Pokok Mengkulang Siku Keluang,Pokok Kembang Semangkuk Jantung (buahnya buat air ABC),Pokok Tulang Daing,Pokok Jelutong(gula-gula getah) adik-beradik Pokok Pulai,Pokok Hampas Tebu,Pokok Gertek Tangga satu keluarga dengan Pokok Berangan (yang buahnya kita duk makan selepas di rebus atau di goreng),Pokok Kempas (kayunya buat landasan keretapi),Pokok Kulim(Kulim juga nama tempat di Kedah yang MP nya di pecat dari PKR)................bersambung


Taman Bersatu

4.33 am

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails