Sunday, March 21, 2010

PM sebak pulang ke Lipis


KUALA LIPIS - Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari semalam ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.

Ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda, Tun Rahah Mohd. Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.

Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

"Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah 'balik ke Lepeh', dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional Lipis, di sini.

Perdana Menteri berkata sejak pagi lagi selepas menghadiri program Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.

Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.


sumber: KOSMO


komen: jom 1 Malaysia...pakat sebak beramai-ramai,sebak hang no...

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails