Thursday, March 18, 2010

Presiden Brazil lawat makam Yaseer Arafat


RAMALLAH - Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva semalam melawat makam bekas presiden Palestin, Yasser Arafat di sini walaupun mendapat kritikan daripada Israel.

Kelmarin, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan beliau bertindak memulaukan mesyuarat dengan Silva kerana presiden Brazil tersebut enggan melawat makam pengasas Zionis, Theodor Herzl.

Namun, menurut Silva, beliau menyokong perjuangan penduduk Palestin dan akan memainkan peranan penting di Asia Barat. - AP


sumber: KOSMO

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails