Wednesday, March 10, 2010

"Saya tidak akan merayu kepada Sultan Pahang" kata Kartika


IPOH: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, tidak bercadang untuk merayu ke atas Sultan Pahang berhubung hukuman sebat yang sedang dihadapinya.

"Saya tidak bercadang untuk merayu (hukuman sebat) kerana bagi saya isu itu tidak lagi timbul buat masa ini kerana sudah mengadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan juga bertemu Penasihat Undang-Undang Pahang bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini.

"Saya tetap berpegang teguh kepada kenyataan sebelum ini (tidak merayu) dan saya tidak berhasrat untuk memikirkannya namun jika Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengampunkan, saya terima," katanya.

Kartika berkata demikian kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Pakar Ipoh (HPI), di sini, iaitu hospital anak bongsunya, Wan Kaitlynn Sari Dewi Muhammed Affandi, 5, menerima rawatan akibat jangkitan pada paru-paru.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pendakwa Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahim Jaafar bahawa Kartika boleh membuat rayuan kepada Sultan Pahang untuk tidak dikenakan sebatan.

Ibu dua anak itu sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan enggan membuat ulasan kepada media selepas mengadap Tengku Abdullah di Pahang, 4 Mac lalu.


Komen: Tu diaaa...boleh pulak Sultan ampun dosa minum arak,hebat...hebat


BeritaHairan

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails