Monday, March 15, 2010

Fiji dilanda puting beliung Tomas


SUVA: Fiji diletakkan dalam perintah berkurung sejak semalam selepas negara Selatan Pasifik itu dilanda puting beliung kuat di bahagian utara dan timur.


Puting beliung Tomas yang dikesan terletak di 185 kilometes (km) di timur laut banda Labasa di pulau utara Vanua Levu, sejak 7 pagi semalam.


“Fiji tidak pernah berdepan puting beliung sekuat ini kebelakangan ini dan kami tidak memandang ringan fenomena ini," kata Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Fiji, Pajiliai Dobui kepada stesen Radio of New Zealand.

Sementara itu, terdapat laporan awal bahawa bekalan elektrik terputus di Vanua Levu serta beberapa rumah mengalami kerosakan.

Puting beliung dalam kategori empat itu (kedua terkuat) dijangka meniup angin selaju 170 kilometer sejam dan mampu meningkat kepada 205 kilometer sejam dalam masa 12 hingga 24 jam selepas ini, lapor Agensi Perkhidmatan Meteorologi Fiji (FMS).

FMS berkata, puting beliung itu bergerak ke selatan selaju 11 kilometer sejam dan akan menghala ke timur Labasa pada sebelah petang dengan kelajuan 60 kilometer sejam.

Kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung sejak semalam tetapi awal pagi tadi ia ditarik balik di beberapa kawasan agak selamat bagi membolehkan penduduk keluar mencari bekalan makanan.


Sekolah ditutup dan kebanyakan perkhidmatan awam digantung sebagai persiapan menghadapi ribut dan banjir kilat akibat puting beliung itu. - AFP


sumber:Beritahairan

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails