Thursday, March 18, 2010

Ibrahim Ali mahu saman The Sun


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau telah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Inggeris, The Sun. Katanya, ini ekoran laporan akhbar harian itu yang didakwa menuduhnya dan PERKASA mengeluarkan kad jemputan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada 27 Mac ini, dengan menyebut ia akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa sebarang kebenaran baginda dan pihak istana.

Katanya, ia juga ekoran satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, yang mendakwa baginda telah menasihatkan Ibrahim supaya jangan bersikap melampau.


sumber: malaysiakini

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails