Thursday, March 18, 2010

Tagging


Masalah fungsi "tagging" dlm facebook yg mengundang dosa jika disalah guna

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi
peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap
gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa
berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar
mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa
bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar
tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘,
mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih
ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada
berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan
orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan
dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang
orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan,
disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya
menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada
gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan
aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini
satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama
gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat
satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Moga Allah berikan hidayah pada kita.Wallahu a'lam.


sumber: Aiman Barudin's

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails