Friday, March 12, 2010

Mazlan Dijulang sebagai wira selepas dibebaskan mahkamah

RAUB: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), saudara Mazlan Aliman berkata peristiwa penahanan beliau oleh pihak berkuasa keselamatan dan felda bersabit isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau kemarin tidak akan melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

Dalam sidang media khas pembebasannya di Pejabat PAS Kawasan Raub, sebentar tadi, Mazlan berkata kejadian yang berlaku telah menambahkan lagi tekad untuk melahirkan sebuah masyarakat peneroka yang berani memperjuangkan hak-hak peneroka dan generasinya.

“Sebagai pemimpin Anak, inilah kali pertama saya ditahan dan dimalukan pengurus felda. Penahanan ini tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus berjuang bagi membentuk masyarakat peneroka felda yang berani memperjuangkan hak mereka dan generasi mereka,” katanya.

Turut Hadir dalam Sidang Media itu Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Peguam Mazlan, Haris Abdullah, Pesuruhjaya PAS Nengeri Sembilan, Dr Zulkifli Ahmad, Yang Di Pertua PAS Raub, Dr Nilam serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato’ Tuan Ibrahim dalam ucapannya mempertegaskan bahawa PAS tetap berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang bersabit penahanan Mazlan.

“Kita sangat dukacita terhadap penahanan ke atas Mazlan sesuatu yang amat tidak wajar. Kita akan mengkaji dari segenap aspek untuk mengambil tindakan undang-undang keatas pengurus berkenaan,” katanya.

Sementara itu para penyokong Mazlan gembira beliau dibebaskan dan mengecam tindakan pengurusan Felda Lembah Klau sehingga menyebabkan Mazlan ditahan.

”Kami sokong penuh tindakan undang-undang diambil. Mazlan adalah wira yang berani memperjuangkan nasib peneroka tidak macam pemimpin Umno yang dayus dengan menggunakan pihak pengurusan felda untuk menyekat pengaruh politik pembangkang,” kata mereka.


sumber: dupahang

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails