Saturday, March 20, 2010

Mayat dua remaja lemas ditemui


BESUT 20 Mac. — Dua remaja yang dikhuatiri lemas dalam dua kejadian berasingan di Bukit Kluang dan Beting Lintang di sini semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mayat pertama Muhammad Ilyas Razali, 13, yang dilaporkan dipukul ombak besar ketika sedang mencari remis bersama ibu dan sepupunya di pesisiran di pantai Beting Lintang, semalam ditemui kira-kira pukul 12.50 tengahari tadi.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu ditemui terdampar di Pantai Bukit Tendong oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis, rela, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kira-kira lima kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Manakala mayat seorang lagi remaja Nor Helmi Zuki, 14, pelajar SMK Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan ditemui di Pantai Air Tawar kira-kira pukul 1.49 petang selepas hilang dekat pantai Bukit Keluang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

— Bernama

No comments:

Post a Comment

kekoh sokmo

Related Posts with Thumbnails